BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

redhoilah hidupku ya ALLAH.....

redhoilah hidupku ya ALLAH.....
CinTa aNtaRa BeNua

dia pilihan hidupku....

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinyaDia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluargaDia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA

Mengintai Redha Ilahi

Aku insan biasa
HambaNya yang tak luput dari dosa
Hidupku sentiasa dikelilingi dengan kejahilan
Duniaku penuh dengan keseronokan
Permulaan hidupku singgah di rahim bonda
Sebelum aku dijejakkan ke dunia
Banyak kelalaian yang aku temui di dunia
Banyak juga berlaku dusta dan aniaya di dalamnya
Kelalaian menyebabkan aku lupa padaNya
Keseronokan hidup menjadikan aku seorang hamba yang alpa

Sehingga apabila musibah melanda diri ini
Barulah aku tersedar dari buaian mimpi palsu duniawi
Selama ini, aku leka dari mengingatiNya
Aku abaikan tanggungjawab ku sebagai seorang hamba
Aku terlalu taksub dan cinta akan dunia
Sehingga melupakan hari akhirat yang bakal menjelma
Dosa dan noda telah menggelapkan hati
Hanya pintu taubat sebagai penyembuh nurani
Hidayah itu pemberian ILLAHI
Mati itu suatu yang amat pasti

Kini, aku insaf akan kejahilan diri ini
Aku bertaubat pada Yang Maha Esa
Aku ingin kembali ke pangkal jalan ILLAHI
Jalan kebenaran yang membawa aku pada keredhaanNya Aku tak mahu lagi hidupku berlumuran dengan dosa
Aku tahu, aku tak layak untuk ke syurgaMu
Tetapi aku tak sanggup hendak menanggung seksa api neraka Ampunkanlah dosa-dosaku
Masih adakah lagi secebis rahmat ILLAHI buat diri ini?? Masih adakah lagi ruang untuk aku mengintai redha ILLAHI??
Sesungguhnya hidupku ini takkan bererti dan bermakna Tanpa redha daripada Tuhan Yang Maha Kuasa
Terimalah taubatku ya Tawwab..
Ampunkanlah dosa-dosaku, ya Ghafur..
Redhailah kehidupanku ya Allah..
Semoga hidup dan matiku hanya untukMu..

gambarku


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Kita Semua Boleh Berjaya

Alasan adalah sebahagian dari kehidupan kita. Ketika kita gagal untuk melakukan sesuatu, maka pelbagai alasan yang kita berikan; tidak cukup masa, tidak sihat, tidak upaya dan macam-macam tidak lagi. Baru-baru ini saya mengenali seorang jutawan berbangsa cina. Setelah menamatkan pengajiannya di UKM, beliau menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Setelah menamatkan pengajian, beliau telah memulakan satu perniagaan yang membolehkan beliau memperoleh pendapatan berjuta ringgit. Tidak lama kemudian, beliau kehilangan kesemua duit! Bayangkan jika anda pernah menjadi seorang jutawan dan tiba-tiba, anda hanya tinggal sehelai sepinggang! Ketika dalam keadaan yang sangat tertekan itu, kenalan saya ini telah menemui seorang rakan (seorang trainer dan ahli pernigaan berjaya). Trainer tersebut memperkenalkan seorang yang istimewa kepada beliau melalui sebuah video; Nick Vujicic. Nick Vujicic adalah anak kepada seorang ketua jururawat di Australia yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki yang sempurna. Walaupun begitu, ketika umur beliau 23 tahun, beliau telah memberi motivasi kepada lebih satu juta orang seluruh dunia. Beliau telah membantu ramai orang dengan duit yang diperolehnya. Kisah Nick Vujicic telah memberikan inspirasi kepada rakan saya yang pernah ‘broke' dan kehilangan berjuta-juta ringgit. Kini beliau sentiasa bersemangat dan telah kembali menjadi jutawan. Bagaimana dengan kita? Sentiasa memberi alasan dalam kehidupan? Semoga ia mampu memberikan inspirasi.

jangan putus asa..kejayaan itu bukan milik sesiapa..

Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu. Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa. Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup? Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman. Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?” “Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.” Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah....
No posts.
No posts.